Putus Cinta Pasti Ada Hikmahnya


Putus cinta pasti ada hikmahnya walaupun perkara itu amat memeritkan bagi mereka yang sedang hangat bercinta. Sudah dikatakan, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Kalau dia bukan jodoh kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Berterima kasihlah kepadanya, kerana dia juga pernah membuat dirimu bahagia. Apa yang sudah berlaku, jadikan sebagai kenangan dan pengalaman.


Tidak sangka kan.? 
Kita berkenalan, kita berkawan, kita berhubung
mengeratkan ukhwah dan kasih sayang.

Tapi kemudian, kita makin menjauh, kita tidak lagi berhubung, 
dan akhirnya kita tidak lagi berkawan.

Tidak sangka kan.?
Kita sekarang seolah-olah dua manusia 
yang tidak pernah kenal antara satu sama lain.
Ya, pelik rasanya berlagak biasa.
Ya, kelakar rasanya berpura-pura seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Tidak sangka kan.?
Mudah untuk melupakan semuanya.
Tapi siapa sangka, mungkin ada hikmahnya juga. :)

#Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dialah yang menabahkan hatimu. Dan terima kasih kepada "kamu" yang memberikan hati baru buat diri ini.! Mari menjadi insan yang paling bahagia hari ini dengan rahmat dari-Nya.
Tetapkan hatimu, teruskan langkahmu. Bahagia sedang menantimu.



Wanita Sumber Kebahagiaan Seorang Suami.


"WANITA diciptakan bukan untuk dikagumi semua lelaki,
tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang SUAMI."

Untukmu wanita:

Jadilah seperti "pohon semalu". 
Yang durinya menjadi perisai diri, yang mana daunnya menguncup saat disentuh, akarnya pula kuat mencengkam bumi. Biar tidak berbau wangi dan tidak menarik hati, maka sudah pasti tiada kumbang yang memerhati. Kerana indahmu cukup tersembunyi, hanya untuk seorang yang bernama suami. 

Kamu mahu ramai peminat, atau mahu orang hormat.
Tanyalah pada diri sendiri duhai wanita yang bakal menjadi bidadari seorang suami. Semua itu pihan kamu sendiri. Jom baca kisah Cinta, Kita, dan Alam Maya DI SINI
InshaAllah~ semoga bermanfaat buat semua.
Selamat bercinta hingga ke Syurga.:) 


Antara Suka dan Duka, Mahu dan Perlu.


Cinta penuh dengan suka dan duka. Kadang berduka, kadang ketawa. Sukar sekali untuk menghuraikan makna cinta. Kerana cinta itu bukan dari kata-kata, tapi dari apa yang kita sendiri rasa.

Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Jika perpisahan itu yang ditakdirkan, kamu perlu redha. Berani jatuh cinta, bermakna, kamu juga perlu berani untuk melalui suka dan duka, serta kuat untuk melalui rasa hati yang sedang kecewa. Jika itu yang terjadi, teruskan hidupmu tetapkan hatimu. Usah menoleh lagi. Mungkin ada yang terbaik sedang menunggumu juga.

Berkorban hati dan perasaan di kala sedang hangat dilamun cinta sudah menjadi perkara biasa. Kerana cinta yang tidah halal, memang banyak ujiannya. Walau 1000 tahun pun kau mencintainya tanpa ikatan yang sah, itu juga tiada gunanya. Kerana cinta yang indah itu, adalah cinta selepas nikah. InshaAllah~ bahagia, tanpa ada istilah kecewa. :)

Sewaktu bercinta, banyak hati yang perlu dijaga. Kadang, terlalu menjaga hati orang, sampai hati sendiri dipersiakan. Tak rasa bersalahkah pada diri sendiri.? Lepaskanlah, lepaskan si dia yang bukan milikmu. Terimalah apa yang sudah ditakdirkan buat kita, dengan hati yang terbuka.

Berhenti memaksa dan mengkehendaki sesuatu itu berlaku mengikut apa yang kita inginkan. Kerana Allah Maha Mengetahui Segalanya. Suka atau duka, itu semua pilihan kita. Jangan sakiti hati sendiri, kerana terlalu ingin menjaga hati si dia yang tidak tahu menghargai.!

Ada perkara memang patut kita perjuangkan, 
dan ada perkara yang memang patut kita lepaskan.

Setiap sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmah tersembunyi. 
Jom baca "Takdir Cinta" di SINI..!


Cinta Itu Fitrah.




    Cinta saya tak memerlukan saya memikirkannya setiap masa,
    Cinta saya tak memerlukan saya memuji apatah lagi memuja dirinya,
    Cinta saya tak memerlukan saya rasa cemburu tak bertempat, 
    rasa down, rasa tertekan, dan bersangka-sangka,
    Cinta saya juga tak memerlukan saya berhubung dengan dirinya 
    melalui sms, call, fb, atau sebagainya.
    Cinta saya tak memerlukan saya menatap wajah atau gambarnya,
    CINTA SAYA TAK MEMERLUKAN SEMUA ITU.!

    Ya,
    cinta saya memang pelik,
    cinta saya asing,
    cinta saya kelihatan tak pasti.

    Sebab,
    saya tahu, saya belum halal untuk dia,
    saya cuma mencintai dirinya,
    apa salahnya fitrah ini..?

    Salahnya kita,
    Kerana selalu melayan nafsu dan rasa..!

     Zina hati, benda yang selalu terjadi, tapi kita jarang di ambil peduli.. BEWARE..!
    Cinta itu fitrah, jangan sampai jadi fitnah..!


<